-->
“Aku rasa, inilah Ninja paling slow…” – Lelaki Modify Basikal Jadi Replika Kawasaki Ninja, Kayuh Dekat Jalan Besar

“Aku rasa, inilah Ninja paling slow…” – Lelaki Modify Basikal Jadi Replika Kawasaki Ninja, Kayuh Dekat Jalan Besar


Kalau orang yang jenis minat pada motor atau kereta tu sangat mendalam, confirm dorang akan modify ikut kepuasan hati masing-masing. Betul tak?

Daripada Perodua Kelisa jadi macam Mini Cooper, daripada Proton Preve jadi Mitsubishi Lancer dan macam-macam lagilah. Tapi seorang lelaki Indonesia menjadikan impiannya untuk menunggang Kawasaki Ninja satu kenyataan.

Satu video dimuat naik dekat Twitter mendapat perhatian ramai menunjukkan seorang lelaki dengan motor Kawasaki Ninja. Perakam yang berada di dalam kereta sampai turunkan cermin sebab nak tengok lelaki tu. Tau sebab apa?


Sebab dia ‘mengayuh’ Kawasaki Ninja tu!


Lelaki itu telah ubah basikal dia sepenuhnya sampai nampak sebiji macam Kawasaki Ninja! Difahamkan video itu mula tersebar melalui Whatsapp dan individu terbabit terus upload ke Twitter.

Malah, seorang netizen lain bernama Katina juga ada muat naik satu video yang dia rakam ketika dia terjumpa lelaki terbabit di jalanan.
Saya ternampak abang Ninja Isnin haritu.”
Video Player
00:00
00:03
Ramai netizen yang tengok video-video tu teruja bila dapat tahu lelaki tu dapat buat basikal dia nampak sebiji macam motor Ninja. Ada yang cakap ianya environmental friendly sebab tak ada pencemaran udara dari asap motor.
Bila hati kau nak merempit tapi taknak bahaya.”
Sumber: Twitter
Kreatifnya, sambil kayuh pun dapat buang kalori!

Baca Juga
SHARE

Related Posts

Subscribe to get free updates

Post a Comment